Posts

Showing posts from October, 2009

Kisah HALAL

Hari ini ramai yang peka dengan produk HALAL khususnya dikalangan umat Islam. Fenomena ini menunjukkan betapa umat Islam hari ini sudah peka dengan produk HALAL bahkan cop HALAL itu telah menjadikan nilai tambah kepada sesuatu produk. Sedar atau tidak, 80% produk berlogo HALAL adalah milik pengusaha yang bukan Islam. Sebenarnya perkara ini amat rumit untuk dibincangkan tetapi "prosedur" untuk mendapatkan HALAL itu amat rumit dan memakan masa yang lama dan prosesnya sama sahaja samada syarikat pengusaha milik orang Islam mahupun bukan Islam. Inilah yang menjadi delema kepada pengusaha Muslim. Biarlah, kita ketepi dahulu kerja JAKIM dengan kelulusan HALALnya. Marilah sama kita renung kisah yang saya alami sendiri dan mungkin ada dikalangan pembaca turut mengalami peristiwa yang sama. Ketika saya bertugas sebagai “Resident Engineer” bagi projek asrama tambahan UiTM Merbuk , Uitm Arau dan Kompleks Pejabat Jabatan Laut Wilayah Utara, saya mengahadiri satu lawatan industri (factory...

Salam Ukhuwah Untuk Semua

Alhamdulillah, setelah sekian lama untuk menerbitkan blog sebagai media penyampaian berita terkini tentang GTC akhirnya diberi keizinan Allah kesemapatan waktu untuk memulakan usaha ke arah ini. Betullah apa yang dikatakan, rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Sebetulnya hidup ini penuh dengan ujian. Bagi kita yang berSyahadah, sudah tentu melihat setiap detik waktu selagi nadi ini berdenyut kita akan diperhitungkan segala amalan kita bukan tertakluk kepada ibadat khusus seperti sembahyang dan sebagainya malah segala langkah perbuatan kita akan diperhitungkan oleh malaikat dikanan dan kiri kita tidak terlepas walau sekelip mata sekalipun. Dalam sessi pengenalan ini saya nak mengajak sahabat-sahabat yang menjadi pengguna, pengedar dan stokis GTC untuk sama-sama kita bersyukur kepada Allah SWT kerana telah menjadikan produk GTC ini sebagai produk yang boleh membantu kepada sesiapa yang menghadapi masalah kesihatan. Kepada sesiapa mendapat nikmat "kemujarabanya" ingat...