Berniaga pun ada "lompat Parti"
Petang semalam (Isnin 2/11/09), sekali lagi Allah SWT nak menguji saya dalam perniagaan, sejauh mana saya boleh bersabar dan sejauh mana saya mencari jalan keluar terhadap polimik ini. Farmasi NAZIFA di Sungai Petani telefon pejabat menceritakan pesanan GTC dari Pn Supartini (Stokis Negeri Kedah) tetapi dihantarnya B***tea. Dahlah dihantarnya B***tea dan dikatanya pula GTC dah tak ada lagi dan banyak tiruan...lagipun B***tea lebih baik lagi. Hai mengapalah orang kita bila berniaga sungguh tidak beretika. “Orang kita” bila berniaga dah ikut macam “orang kita” berpolitik, bila lompat parti alasan utama ialah parti yang didokong malah parti yang memberi peluang beliau bertanding dan jadi YB banyak penyakitnya. Dibangkitkan segala keburukan yang kadang-kadang “dicipta’ untuk menghalalkan “lompatan”nya itu.Pernahkah kita dengar "Orang Lain" bila lompat parti burukkan bekas partinya itu? “Orang lain” bila lompat parti lebih banyak menceritakan menukar haluan perjuangan dan tidak pe...