Kisah HALAL

Hari ini ramai yang peka dengan produk HALAL khususnya dikalangan umat Islam. Fenomena ini menunjukkan betapa umat Islam hari ini sudah peka dengan produk HALAL bahkan cop HALAL itu telah menjadikan nilai tambah kepada sesuatu produk. Sedar atau tidak, 80% produk berlogo HALAL adalah milik pengusaha yang bukan Islam. Sebenarnya perkara ini amat rumit untuk dibincangkan tetapi "prosedur" untuk mendapatkan HALAL itu amat rumit dan memakan masa yang lama dan prosesnya sama sahaja samada syarikat pengusaha milik orang Islam mahupun bukan Islam. Inilah yang menjadi delema kepada pengusaha Muslim.

Biarlah, kita ketepi dahulu kerja JAKIM dengan kelulusan HALALnya. Marilah sama kita renung kisah yang saya alami sendiri dan mungkin ada dikalangan pembaca turut mengalami peristiwa yang sama. Ketika saya bertugas sebagai “Resident Engineer” bagi projek asrama tambahan UiTM Merbuk , Uitm Arau dan Kompleks Pejabat Jabatan Laut Wilayah Utara, saya mengahadiri satu lawatan industri (factory visit) ke kilang yang membekalkan “stand-by Generator” dengan bos dan beberapa pegawai dari “project client”. Seperti biasalah, bila tiba waktu makan, tokey “Supplier” tersebut ajak kami makan dan tanpa banyak tanya kami mengekori kereta tokey tersebut. Rupanya sebuah restoran “Sea food” yang menjadi pilihanya yang terletak di Kelana Jaya. Tengok kepada rupa restoran tersebut tidak syak lagi dimiliki oleh cina bukan Islam dan ketika memasuki pintu restoran tersebut, bos saya menunjukkan kearah logo HALAL seolah-olah memehami keresahan saya. Stelah mengambil tempat di meja bulat yang besar beralas kain merah, 2 pelayan wanita menghampiri meja kami untuk mengambil pesanan. Seorang pelayan tersebut seorang wanita melayu berkebaya ketat dan tidak memakai tudung dan seorang lagi amoi muda tinggi lampai dengan memakai kain belah tei sehingga paras atas paha, cukup seksi. Tokey cina yang membawa kami tidak habis-habis menceritakan restoran ini HALAL sebab tiada babi. Entah macamana walaupun lapar tetapi selera saya tetap “mati”, hidangan yang terhidang memang menyelerakan. Bayangkan beberapa udang galah yang besar masak pedas, sotong goring tepung, ikan siakap stim dan sebagainya tetapi tetap tidak dapat membangkitkan selera saya sebab naluri saya tidak yakin “HALAL”nya makanan yang terhidang. Bagi orang tidak bersyahadah macam kita mereka cuma tahu HALAL dari segi maksudnya sahaja tetapi tidak mengerti pengertian halal secara keseluruhanya. Mereka tidak beriman dengan hari pembalasan sebab itu mereka tidak ada tanggungjawab terhadap dosa dan pahala macam kita.
Begitu jugak kalau kita singgah di R&R sepanjang lebuhraya kita akan lihat kalau kedai bukan milik orang Islam mesti terdapat logo HALAL. Kedai mana pilihan kita? Kedai yang berlogo HALAL yang dimiliki oleh bukan Islam atau kedai yang tiada logo HALAL dimiliki oleh orang Islam.
Bagi orang cina non-muslim, akidah mereka adalah perniagaan. Mereka sanggup berhabisan sekiranya perkara itu mendatangkan keuntungan. Mengapa mereka sanggup berbelanja untuk mendapatkan logo HALAL sedangkan bagi cina non-muslim mereka tidak pernah dibelengu dengan masalah HALAL dan HARAM?
GTC yang dikeluar dan dipasarkan sendiri oleh AFI adalah 100% HALAL. Bekalan susu samada kolostrum mahupun “Skimmilk” adalah dari tenusu yang dimport dari kilang Fonterra New Zealand. Soal susu tidak macam daging, kalau daging kita kena tahu samada disembeli atau tidak dan siapa yang sembelihnya. Begitu juga Ekstrak Teh Hijau yang diimport dari Jepun yang melalui proses yang dikawal supaya “kesemulajadian”nya dikekalkan bagi mengekalkan tahap anti oksidanya yang tinggi itu.
Dalam proses pengadunan dan pembungkusan, 2 perkara diambil perhatian tanpa kompromi iaitu kebersihan dan kesucian. Pekerja yang diambil samada pengurusan dan operator mestilah “Muslim”, berpakaian bersih menutup aurat dan tidak merokok. Setiap pekerja berada dalam keadaan berwuduk dan sebelum memulakan kerja, kami membaca Almathurat setiap pagi kecuali pagi Jumaat kami baca Yassin. Kami jadikan pekerjaan dan perniagaan ini sebagai satu ibadat disamping mencari rezeki yang diberkati.
Semoga Allah merestui usaha ikhlas dan murni kita semua,Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Pandangan Dr Seri Buana Zainuddin tentang GTC (Siri 1)

Pandangan Dr Seri Buana (Pakar Bedah) Tentang GTC Siri 3

Hj Din Tokey Ayam di Kuala Terengganu bawa cerita "DALAM KAIN"...