Mengapa saya terus kekal gunakan GTC selama 14 tahun - Puan Jariah

Kali ini saya nak kongsikan pengalaman Peribadi Puan Jariah dan Keluarga terus kekal menggunakan GTC selama 14 tahun. Saya masih ingat lagi semasa saya mula-mula keudara dalam rancangan tajaan bersama radio Ikim.fm, Puan Jariah membuat panggilan dan berhasrat untuk menggunakan GTC, mulanya hanya satu kotak. Selang beberapa hari beliau membuat pesanan 1 katon (10 kotak). Sehingga sekarang Puan Jariah akan membuat pesanan 1 katon untuk 2 atau 3 bulan. Pernah saya kongsikan pengalaman Pn Jariah dalam radio Ikim.fm bagaimana suatu masa dulu negara diserang dengan wabak Cikunya atau Cikugunyah yang disebabkan oleh nyamuk pada tahun 2007. Beliau balik ke Melaka kerana ada kematian bapa saudaranya. Ramai yang demam pada masa itu akibat serangan Cikunyah dan beliau seorang sahaja yang terlepas (masa itu ahli keluarganya belum guna GTC kecuali beliau seorang). ya pengalaman beliau saya kongsikan bersama pendengar dalam radio Ikim dan responya sangat baik sekali dari pendengar radio Ikim....