Salam Ukhuwah Untuk Semua
Alhamdulillah, setelah sekian lama untuk menerbitkan blog sebagai media penyampaian berita terkini tentang GTC akhirnya diberi keizinan Allah kesemapatan waktu untuk memulakan usaha ke arah ini. Betullah apa yang dikatakan, rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara.
Sebetulnya hidup ini penuh dengan ujian. Bagi kita yang berSyahadah, sudah tentu melihat setiap detik waktu selagi nadi ini berdenyut kita akan diperhitungkan segala amalan kita bukan tertakluk kepada ibadat khusus seperti sembahyang dan sebagainya malah segala langkah perbuatan kita akan diperhitungkan oleh malaikat dikanan dan kiri kita tidak terlepas walau sekelip mata sekalipun.
Dalam sessi pengenalan ini saya nak mengajak sahabat-sahabat yang menjadi pengguna, pengedar dan stokis GTC untuk sama-sama kita bersyukur kepada Allah SWT kerana telah menjadikan produk GTC ini sebagai produk yang boleh membantu kepada sesiapa yang menghadapi masalah kesihatan. Kepada sesiapa mendapat nikmat "kemujarabanya" ingatlah itu semua dari Allah SWT begitu juga mereka yang mendapat keuntungan perniagaan yang sedikit sebanyak membantu menguatkan ekonomi kita seharusnya lebih bersyukur kepada Allah SWT sebab kita hanya berusaha tetapi yang melimpahkan dengan segala kemurahan ini adalah Allah SWT.
Sebagai bersyukur ke atas nikmat yang Allah berikan ini, perbanyakanlah sedekah ringankan tangan memberi bantua pada mereka yang memerlukan. Sabda rasulullah yang bermaksud;
"Lebih baik seorang yang membawa tali, lalu memikul seberkas kayu api, dan menjualnya, lalu ia memperoleh nafkah daripada usahanya dan tidak lagi memerlukan bantuan orang lain daripada dia meminta-minta daripada orang, sama ada orang tersebut memberikanya atau tidak. Kerana tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang dibawah. mulakan sedekah dengan orang yang di bawah tanggunganmu"
(Diriwayatkan daripada Abu Hurarirah oleh Muslim dalam kitab Sahih Muslim pada bab Zakat)
Sayidina pernah berkata
"Jangan ada seseorang yang enggang mencari rezeki dan hanya berkata: "Ya Allah, berilah rezeki kepadaku, 'sedangkan dia tahu bahawa langit tidak menurunkan hujan emas atau perak".
Moga "kita" dipilih oleh Allah SWT menjadi usahawan Muslim sepertimana Sayidina usman bin Affan RA dan Abdul Rahman bin Auf. Ketemu lagi.

Comments
Post a Comment