Posts

Showing posts from March 19, 2019

JOM... perangi Obesiti

Image
Saya yakin kalau ditanya kepda rakyat Malaysia, lebih 70% tidak tahu berapa BMI mereka malah apa itu BMI pun ada yang tak tahu, bagaimana kita nak ajak rakyat menjalani Gaya Hidup Sehat. Disamping faktor keturunan, Obesiti adalah penyebab utama sakit Darah Tinggi, Kencing Manis, Jantung dan sebagainya dan penyakit ini adalah pembunuh no 1 di Malaysia. Masalah obesiti ini bukan sahaja punca penyakit-penyakit yang membunuh manusia tetapi juga menyebabkan kita rasa hilang keyakinan diri, kita agak sukar menggayakan apa-apa fesyen dan rasanya tidak kena dengan penampilan kita. Disamping hilang keyakinan diri, Obesiti juga menyebabkan pergerakan kita terbatas, nak tunduk, duduk dan bangun agak berat apath lagi untuk melakukan pergerakan dalam solat secara sempurna amat terganggu. Segalanya boleh diatasi demi kesihatan yang maksima, keyakinan diri dan memudahkan pergerakan dalam ibadat solat, kita memantau permakanan kita mengikut kalori yang dibenarkan. Kawal selera makan...