Berniaga pun ada "lompat Parti"
Petang semalam (Isnin 2/11/09), sekali lagi Allah SWT nak menguji saya dalam perniagaan, sejauh mana saya boleh bersabar dan sejauh mana saya mencari jalan keluar terhadap polimik ini. Farmasi NAZIFA di Sungai Petani telefon pejabat menceritakan pesanan GTC dari Pn Supartini (Stokis Negeri Kedah) tetapi dihantarnya B***tea. Dahlah dihantarnya B***tea dan dikatanya pula GTC dah tak ada lagi dan banyak tiruan...lagipun B***tea lebih baik lagi. Hai mengapalah orang kita bila berniaga sungguh tidak beretika.
“Orang kita” bila berniaga dah ikut macam “orang kita” berpolitik, bila lompat parti alasan utama ialah parti yang didokong malah parti yang memberi peluang beliau bertanding dan jadi YB banyak penyakitnya. Dibangkitkan segala keburukan yang kadang-kadang “dicipta’ untuk menghalalkan “lompatan”nya itu.Pernahkah kita dengar "Orang Lain" bila lompat parti burukkan bekas partinya itu? “Orang lain” bila lompat parti lebih banyak menceritakan menukar haluan perjuangan dan tidak pernah memburukkan parti mereka sebelum ini seperti contoh Dato’ Seri Chua Ju Meng malah beliau terlebih dahulu memaklumkan kepada orang bawahanya di Johor dan melantik pengganti beliau di Bakri. Bila kita jual produk yang sama yang kita jual sebelum ini kepada pelanggan yang sama, sudah tentu pelanggan tersebut Tanya mengapa produk sebelum ini ada masalah ke? Sebenarnya inilah yang menguji kita sejauh mana kita ber”etika” dalam perniagaan.
Sebagai orang sentiasa mengikuti perkembangan politik “melayu” dan perniagaan “melayu”, perkara yang berlaku ini aku lihat sebagai proses pembersihan. AFI yang meletakkan perniagaan yang berasaskan “berniaga itu ibadat”, saya akan terus memperkukuhkan AFI demi membina kekuatan rangkaian perniagaan Ummah di Malaysia.
Seperti juga perjuangan “politik”, setelah kita meletakkan matlamat perjuangan perniagaan yang jelas dan didokong dengan “produk” yang berkualiti dan berkesan, saya ingin nyatakan bahawa tidak ada istilah “putus asa’ dan dendam bahkan saya akan pastikan AFI terus bangkit untuk menerajui rangkaian pemasaran produk HALAL milik “orang kita”. Saya redha apabila Kak Kiah dan Kak Tini memilih haluan lain dan saya bersama Stokis-Stokis akan terus memperkukuhkan agenda perniagaan AFI. Sekali lagi saya nyatakan, kita tidak berdendam atau terguris hati, sekiranya mereka ingin kembali bersama kita akan terima bila-bila masa.
Berapa banyak IKS Muslim yang memiliki produk yang berkualiti tetapi tidak dapat memasuki pasaran? Berapa banyak produk IKS Muslim kita apabila masuk ke Hypermarket diletakkan dibahagian-bahagian yang terlindung dan dibebankan dengan tempuh “consignment” yang lama sehingga mencecah 6 bulan dan ramai IKS Muslim yang gulung tikar selepas tidak dapat bertahan. Inilah matlamat AFI setelah rangkaian ini dapat diperkasakan, kita akan hulurkan bantuan kepada IKS Muslim yang memiliki produk yang berkualiti untuk kita pasarkan. Sebagai langkah permulaan, AFI telahpun mengambil produk Krisik Zaimin yang diusakan oleh Pn Zaiton Baharum seorang IKS Muslim yang telah menjadi OKU akibat penyakit kencing manis.
Moga Doa Al-Mathurat yang dibaca setiap pagi oleh pekerja AFI dan berkat bacaan Yassin setiap pagi Jumaat, Allah melindungi perniagaan ini dari segala kemudaratan dan Allah melindungi rangkaian yang dibina ini dari kemusnahan akibat fitnah dan kejahatan. Amin.

Comments
Post a Comment